Sunday 26 June 2011

Wanita bukan sahaja hiasan di dunia...



Wanita hadir atas nama cinta. Ya, cinta yang paling agung
adalah datangnya dari Ilahi. Bagaimana Allah memurnikan kewujudan wanita bukan
sekadar hiasan dunia. Hawa, adalah wanita pertama yang diciptakan atas dasar
cinta Allah kepada Adam. Setelah melalui beberapa frasa kehidupan dan sejarah,
tidak dapat digambarkan betapa Allah sentiasa kagum dengan kehebatan cinta
seorang wanita.





Namun, zaman berzaman yang dilalui turut menyaksikan betapa
manusia meletakkan darjat seorang wanita di tahap yang paling bawah. Anak
perempuan dibunuh, golongan wanita pula dijadikan perkakas. Sehinggalah Islam
yang diturunkan melalui Rasulullah SAW, hadir memurnikan kedudukan wanita.
Golongan Hawa ini diangkat sehingga menjadi tinggi martabatnya dalam Islam.





Memang benar, pernah dikatakan Rasulullah bahawa antara
golongan yang paling ramai memasuki neraka adalah wanita. Namun, jangan
dilupakan bahawa mereka juga mudah untuk memasuki syurga. Bagaimanapun, hari
ini ramai golongan wanita kurang menyedari kemuliaan kedudukan mereka di sisi
agama. Larangan dan perintah, bukanlah untuk menyusahkan mereka, tetapi di
situlah letaknya murni seorang wanita



No comments: