Thursday 17 April 2014

Mengapa memilih STPM ?

Assalamualaikum.

Entri kali ini adalah berdasarkan pengalaman sebagai seorang pelajar yang ber-statuskan pelajar PRAUNIVERSITI atau lebih dikenali sebagai tingkatan 6.

Saya rasa eloklah menggunakan bahasa sopan untuk entri kali ini. blog di-update adalah bertujuan menceritakan sedikit mengenai pra-u ni.
Entri kali ini juga saya rasa, insyaAllah dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada adik-adik diluar sana yang ingin mengetahui tentang pelajaran dan pembelajaran di pra-u ini.

1.Ramai diantara kalian yang tidak mengetahui pembelajaran di Prauniversiti ?

   secara simpelnya yang saya dapat kupaskan adalah :
    pembelajaran di pra-u menggunakan sistem semester. Di peringkat STPM pada kali ini menggunakan 3         semester iaitu kira-kira 1 tahun setengah. adik-adik akan mendaftar dalam bulan 5 nanti. 
    setiap sem anda akan diuji dengan peperiksaan yang soalannya bukan ditanda oleh pensyarah yang               mengajar tetapi pensyarah di negeri-negeri lain. soalan STPM juga adalah dibekalkan oleh Majlis                   peperiksaan Malaysia (MPM) dan bukan daripada pensyarah yang mengajar kalian.
    buku memang tebal la, tapi pandai-pandai lah bahagi masa untuk menempuh peperiksaan setiap sem.
    Peringkat STPM juga menggunakan sistem pointer (PNGK) dan akhir sem akan dikumpulkan untuk             mendapat pointer yang sebenar.

Serius saya katakan, ramai yang menganggap bahawa STPM membuang masa. Jawapan yang paling mudah saya jawab : YA, jika kamu tidak menghargai masa. Sebenarnya, STPM merupakan salah satu jalan mudah untuk kamu mendapat degree dengan cara yang singkat berbanding diploma. saya tidak mengatakan diploma tidak bagus ! Diploma juga bagus, tetapi kamu perlu menghabiskan 3 tahun untuk memperoleh diploma. jika dibandingkan dengan STPM, kamu hanya memerlukan masa 1 tahun setengah.

soalan 2 : alaaaa, STPM susah.
perkataan susah itu cuma alasan. semua benda dalam dunia ini susah. tak percaya ? bagaimana kita masa kecik2 nak berjalan ? kita pernah jatuh, pernah benjol kepala, menangis teresak-esak dan sebagainya.. jadi untuk mengatasi masalah ini kita manusia yang bijak perlu bangkit dari kesusahan. tiada yang mudah didunia !

soalan 3 : tak syok laa baju sekolah.
fikir secara bernas. pergi kemana-mana institusi untuk bermegah atau sekadar menimba ilmu ?
okay, sekarang ni, pelajar pra-u juga ada yang ditempatkan di pusat prauniversiti. mereka yang belajar disana tidak memakai pakaian sekolah . mereka diberi keistimewaan untuk memakai pakaian yang kemas seperti di IPTA.

ini sekadar perkongsian umum. insyaAllah akan diupdate lagi jika ada masa yang sesuai. 
sebarang pertanyaan boleh terus bertanya melalui laman facebook saya. sebarang perkongsian pengalaman juga amat diperlukan untuk memberi maklumat kepada yang memerlukan.

insyaAllah.


rakan-rakan Prauniversiti :)

Friday 28 February 2014

3 hari 2 malam bersama mereka rakan-rakan Prauniversiti .

Assalamualaikum semua :)

post kali ini terhasil kira-kira berabad lamanya. Aku dah ada sikap yang sukar untuk diubati. ohhh always malas ! apa yang rajin tak tahu la. huhhh. Program ni sebenarnya program tahun lepas. aku baru nak update tahun ni. Berkurun dah lamanya. hehehe

tapi tak apa laa kan. update pasal benda lama sekurang-kurangnya aku dapat ingat balik kenangan bersama mereka . yee dakk ? *ayat cover. 







pija, eiraa, myra, fara ( aku )

di Alamanda, Putra jaya




Kami pergi 3 hari 2 malam. pergi mana ? haaa, pergi putrajaya + melaka. Ada la tempat-tempat yang kami pergi contohnya macam Pejabat Perdana Menteri, Alamanda Putra jaya, Pengkalan Balak ( paling best ). yang paling aku ingat la pengkalan balak di melaka. serius best. aku memang suka tempat-tempat yang ada sumber air macam laut. perhh. syok kau kalau dapat tengok matahari terbenam. kat tepi tu siap kau boleh berangan-berangan datang putera raja kat sebelah. fuyoooo. cite nak gempak je. hahahaha
tambah pulak dengan angin yang bertiup lembut. sayuuuu bak hang ! tutup mata hangpa boleh tidoq ! dengan jejak kaki kat pasir pantai. syokk oo walaupun habis seluaq hangpa penuh pasir. hehehe

Masa kat pengkalan balak, aku jarang masuk bilik. aku lebihkan masa dok tepi pantai. konon hirup udara segar. bila hangpa perati laut tuu. hangpa rasa tenang . insyaAllah hilang stress. masa kami pergi sana, kami beru je habis exam sem 1. hehehe. memang peluang laa dapat release tention cenggitu. peeewitt.



 haaa. tulis pija jangan tak tulis. 

 modal selipar jepun a.k.a selipar jamban --'


 gambar yang paling ngekk aku rasa. lompat tak jadi. jadi lawak ! 


camera banyak benorr nak ambik gambar model selipar jamban ni. HAHA




 gambar omar paling awesome. bhaha.
 mamak !!  kasi jambul satu !!

izzudin, omar,  epy cikebum , me , acap , eiraa & aiman.

ini cerita ku. ada masa aku nak update lagi.