Thursday 17 April 2014

Mengapa memilih STPM ?

Assalamualaikum.

Entri kali ini adalah berdasarkan pengalaman sebagai seorang pelajar yang ber-statuskan pelajar PRAUNIVERSITI atau lebih dikenali sebagai tingkatan 6.

Saya rasa eloklah menggunakan bahasa sopan untuk entri kali ini. blog di-update adalah bertujuan menceritakan sedikit mengenai pra-u ni.
Entri kali ini juga saya rasa, insyaAllah dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada adik-adik diluar sana yang ingin mengetahui tentang pelajaran dan pembelajaran di pra-u ini.

1.Ramai diantara kalian yang tidak mengetahui pembelajaran di Prauniversiti ?

   secara simpelnya yang saya dapat kupaskan adalah :
    pembelajaran di pra-u menggunakan sistem semester. Di peringkat STPM pada kali ini menggunakan 3         semester iaitu kira-kira 1 tahun setengah. adik-adik akan mendaftar dalam bulan 5 nanti. 
    setiap sem anda akan diuji dengan peperiksaan yang soalannya bukan ditanda oleh pensyarah yang               mengajar tetapi pensyarah di negeri-negeri lain. soalan STPM juga adalah dibekalkan oleh Majlis                   peperiksaan Malaysia (MPM) dan bukan daripada pensyarah yang mengajar kalian.
    buku memang tebal la, tapi pandai-pandai lah bahagi masa untuk menempuh peperiksaan setiap sem.
    Peringkat STPM juga menggunakan sistem pointer (PNGK) dan akhir sem akan dikumpulkan untuk             mendapat pointer yang sebenar.

Serius saya katakan, ramai yang menganggap bahawa STPM membuang masa. Jawapan yang paling mudah saya jawab : YA, jika kamu tidak menghargai masa. Sebenarnya, STPM merupakan salah satu jalan mudah untuk kamu mendapat degree dengan cara yang singkat berbanding diploma. saya tidak mengatakan diploma tidak bagus ! Diploma juga bagus, tetapi kamu perlu menghabiskan 3 tahun untuk memperoleh diploma. jika dibandingkan dengan STPM, kamu hanya memerlukan masa 1 tahun setengah.

soalan 2 : alaaaa, STPM susah.
perkataan susah itu cuma alasan. semua benda dalam dunia ini susah. tak percaya ? bagaimana kita masa kecik2 nak berjalan ? kita pernah jatuh, pernah benjol kepala, menangis teresak-esak dan sebagainya.. jadi untuk mengatasi masalah ini kita manusia yang bijak perlu bangkit dari kesusahan. tiada yang mudah didunia !

soalan 3 : tak syok laa baju sekolah.
fikir secara bernas. pergi kemana-mana institusi untuk bermegah atau sekadar menimba ilmu ?
okay, sekarang ni, pelajar pra-u juga ada yang ditempatkan di pusat prauniversiti. mereka yang belajar disana tidak memakai pakaian sekolah . mereka diberi keistimewaan untuk memakai pakaian yang kemas seperti di IPTA.

ini sekadar perkongsian umum. insyaAllah akan diupdate lagi jika ada masa yang sesuai. 
sebarang pertanyaan boleh terus bertanya melalui laman facebook saya. sebarang perkongsian pengalaman juga amat diperlukan untuk memberi maklumat kepada yang memerlukan.

insyaAllah.


rakan-rakan Prauniversiti :)