Monday, 19 December 2011

kesedihan .

Dari semalam fara sedih, Ya Allah !! kuatkan hamba-Mu ini. Seriusly, fara tak kuat mana pown :'( kalau senyum pown hanya senyuman PLASTIK je. Semalam pak cik fara call dari kampung, pak cik fara cakap nenek fara sakit. Bila ayah cakap je kat keluarga kami, semua diam satu suara pown tak dengar. Malam semalam jugak ayah ajak balik, tapi ada masalah sikit and ayah je yang boleh balik, malam semalam.

Malam tadi mama call mak cik fara pulak, mak cik cakap macam-macam yang nenek fara pesan, tahu tak dye pesan apa?

1st, nenek suruh basuh tikar, tapi tikar tuh masih bersih and tikar tuh still disimpan elok. Selain itu, nenek suruh sedekahkan semua baju-baju dye. Then,nenek suruh jual semua barang-barang dye. #fara tak paham apa maksud nenek sebenarnya# Emm, satu lagi, nenek pernah pesan kat fara " nanti bila tok dah tak ada, tolong bacakan Al-quran sedekahkan kat tok sampai khatam ye cu " jatuh, gugur jantung dengar nya.

Kenangan fara dengan nenek fara memang banyak. Time fara kecik dulu dye selalu mandikan, suapkan makan, sikat and ikat rambut fara, pergi pasar naik basikal , turun sawah padi dengan dye.. aduish!!!! #air mata mula menitis tak boleh henti#

okeyh-okeyh!! stop tak nak cerita dah!!!



No comments: