Tuesday 13 December 2011

setakat mana sayang anda ??



Entry yang fara buat nie bukan untuk dituju kepada sesiapa sahaja, hanya sebagai renungan kita bergelar manusia yang sering terlupa, maklumlah nama pown manusia kan?? berasal dari perkataan arab iaitu "nasia" yang bermaksud lupa.. betul tak?? okeyh laa,, tajuk entry nie "setakat mana sayang anda??" sayang kepada siapa?? Tajuk entry nie bukan untuk boyfriend / girlfriend / pakwe / makwe / or seangkatan dengan nya..haha.. Entry nie sebenar nya untuk kita tahu setakat mana sayang kita kepada kedua ibu bapa kita. Haa!! satu lagi, sebelum fara lupa, fara buat entry nie untuk kita ingatkan bersama. :')
Hari tuh, sekolah tempat fara belajar ,,pihak sekolah ada jemput Ustaz dari luar untuk bagi penerangan tentang kursus jenazah, and Ustaz tanya kat pelajar-pelajar kat sekolah fara " setakat mana sayang kita kepada ibu bapa?? " lepas tuh ustaz tanya, "sayang tak kamu kepada kedua ibu bapa kamu??" ramai yang jawab " ye,, kami sayang!! lepas tuh, ustaz ulang balik pertanyaan pertama tadi,, "setakat mana??" tak semua yang jawab..
okeyh,, nampak tak macam mana dialog ustaz dengan pelajar diatas.. sayang nya seorang anak kepada ibu bapa yang paling utama, ialah solat nya.. kenapa solat?? sebab solat dapat menghindarkan ibu bapa daripada masuk ke neraka. Ibu bapa kan perlu mendidik anak-anak nya. Jika anak nya solat maknanya ibu bapa tersebut menjalankan amanah nya. Satu lagi,, lepas solat anak-anak perlu mendoakan kesejahteraan ibu bapa nya taw.. nak doanya?? ada kat atas sekali entry nie.
lagi pown, tidak kesiankah kita kepada kedua orang tua kita nie?? nak masuk je ke syura,, lagi selangkah,, tiba-tiba anak-anak nya panggil masuk ke neraka.. sebab nya,, kita nie degil tak nak dengar cakap kedua ibu bapa kita,, tak solat dan sebagainya.. kesian ibu bapa kita,, terpaksa mereka pown turut terkena..
selagi kita bernafas dibumi Allah ini,, marilah kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita,, selagi mereka bersama kita. kita sebagai manusia perlu ingat-mengingati antara satu sama lain :') .

sayangi mereka selagi mereka masih ada..

No comments: