Tuesday 27 December 2011

Tinggi sangat ke darjat tuh ?


Kenapa ada segelintir manusia mementingkan darjat semata-mata? Hanya pandang orang yang berharta? Kenapa tidak kejar orang yang berilmu? Kalau nampak duit sahaja boleh jadi buta ! #itu fakta bagi orang gila harta# Penting sangat ke? sampai sanggup ketepikan orang yang tidak berharta dengan cacian? Please, kita hidup sebagai manusia ini sama sahaja, mempunyai otak dan juga akal. Guna laa akal itu sebaik mungkin :')

Manusia sama darjatnya, kenapa? tidak percaya?
see? bila kita meninggal dunia, guna kain putih bukan? fara tidak pernah jumpa jenazah dikafankan dengan kain songket, macam dalam cerita P.Ramlee. haha. semua guna kain putihkan? tidak kira pangkat dan darjat :')

haa!! ada lagi, bila kita pergi menunaikan Haji, semua sama kan? kain putih jugak. Sama sahaja darjat manusia di sisi Allah S.W.T , bila cium batu hajarul aswad, semua cium batu yang sama bukan? tidak kira anak orang kaya or apa sekali pown .

Terpulang laa kepada semua pembaca menghuraikan nye :')
bezanya manusia dengan manusia yang lain adalah taqwa nya seseorang kepada penciptanya iaitu Allah S.W.T
jangan terlalu bangga dengan harta yang anda ada, sebab harta tidak dibawa ke dalam liang lahad! yang akan temani anda ialah amal anda, doa anak-anak yang soleh dan amal jariah.
sama-sama la kita ingat mengingati :')

Allah Swt bersabda yang antara lain maksudnya;
"Sesungguhnya paling mulia dikalangan kamu disisi Allah adalah yang lebih bertakwa"

No comments: