Monday 28 May 2012

Style and stylo .



Assalamualaikum.
Actually, fara sangat excited bila cuti. Alaa, excited sekejap je nie. Nanti mula la, asyik tengok kelendar bila la nak masuk sekolah balik kan ? haha. itu normal la bagi fara. tapi tak tahu la bagi korang kan ? Okeyh, baru-baru nie kan kalau fara keluar pergi mana-mana mesti tengok ramai yang dah ikut bertudung sekarang . Alhamdulillah . Macam-macam cara depa lilit. fara tengok, ada yang simple , ada yang WOW!! serius, fara pown tak tahu macam mana depa lilit-lilit shawl tuh . Nak bagi tahu sikit nie, tak salah kalau nak berfesyen tuh , but tengok lah cara kita memakainya . Niat utama kita pakai tudung mesti lah ikhlas kerana Allah SWT dan semata-mata untuk menutut apa yang patut ditutup. betul tak ? tapi sekarang nie, fara tengok ramai yang pakai turban kalau tak silap fara nama benda tuh . Kalau pakai turban tuh cukup syarat menutut aurat ke?hehe. Bukan apa, sebab nampak leher. Bukan kah aurat wanita seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan? makna nya dekat sini , leher tuh aurat la kan ? Sorry to say la. Fara cuma nak peringatkan untuk semua wanita di luar sana jangan terlalu berfesyen sehingga mengabaikan syarat-syaratnya. Fara pown mengingatkan diri sendiri nie .
Kalau pakai elok-elok tudung tuh kan comel, cantik , ayu dan menunjukkan bahawa anda seorang muslim. fuhh!! kita tamatkan cerita tuh disini ok . noktah! fikir sedalam mungkin :')
Dalam banyak jenis tudung or shawl, korang suka jenis apa eh ? maklum laa, rambut sama hitam, hati lain-lain. mesti macam-macam jawapan nye. kalau fara laa, fara lebih minat kalau shawl tuh jenis kain satin. memang la, satin tuh licin, ada yang cakap susah nak pakai kan ? alaa, memang la susah, tapi tuh kalau permulaan je, lama-lama ok la tuh,kan awak? haha. ;) Fesyen tudung sekarang nie dah dapat liputan yang meluas. fuyooo! harap ramai la yang pakai tudung nanti kan . Lagi pown sekarang nie dah ada majalah untuk fesyen-fesyen tudung nie. * gaya macam nak promote je. *

Alang-alang fara update blog dengan entry pasal tudung nie kan, baik fara tolong korang yang nak beli tudung or shawl secara ONLINE. Ada banyak page, korang boleh click je yang mana korang nak. But duit sendiri laa. fara cuma tolong bagi link je. haha. saya bukan along, tapi cuma nak tolong . peace :)

Salah satu link yang buat fara terpukau ialah ....... jeng..jeng.. jeng .. RADIUSITE . Kat blog nie, memang cun-cun la . oh no ! rambang mata kan ? ok , yang kedua, fara nak share satu page nie, page nie kakak kawan fara yang punya . nak tengok ? terjah jom . ALMARI NEMO BULAT . jom kita selongkar almari nie. haha. ketiga fara nak share link yang ini SCARF SWEETHONEY . kat link nie, ada shawl ala-ala harimau . RAWR!! garang tuh .
macam mana ? puas cuci mata ? tuh je la yang fara mampu share.


credit : radisite|almari nemo bulat|scarf sweethoney|

No comments: