Thursday 22 March 2012

Smile :)


Assalamualaikum .

Hye semua ! sebelum fara post entry hari nie, molek la fara berpantun dahulu. haha

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Hari nie memang penat, sebab ada raptai untuk perasmian olahraga di Stadium Proton. Dari pagi selepas perhimpunan hingga laa pukul 12 fara bersama kontigen perbarisan "menapak" kat padang sekolah . Walaupun panas terik, sampai kulit pun dah "burn" kami tetap berkawad . Nie semua sebab SMKBB 2020 menjadi Tuan rumah untuk tahun nie yang kali ke-26, kalau tidak silap.

Bila time rest 5 minit, kami bersembang la dengan cikgu Amer. Sembang dengan cikgu terasa best la pulak kan. haha. Kebetulan depan padang sekolah ada projek membina sekolah rendah , lepas tuh cikgu cakap,' kalau tak ada orang yang sanggup bina bangunan macam tuh, siapa lagi nak buat? kalau tak ada makcik tukang-sapu, siapa lagi yang nak ambik tugas tuh ? ' so, cikgu cakap ' jangan pernah nak pandang serong dengan orang kerja macam tuh' . jyeeaahh!! saya sokong dengan apa yang cikgu cakap. Lepas tuh, cikgu bagi soalan kat kami , 'pekerjaan apa yang paling diperlukan kat dunia nie ?' perhh!! dengan yakin nye fara jawab ' mestinya medic ' hoho. ada yang jawab law laa, pe laa, macam-macam laa. ternyata jawapan kami semua salah ! nak tahu jawapan nye ? ok, cikgu cakap ' pertanian '. tahu tak sebab apa? sebab nye, kalau jadi doktor, mereka peru makan tak ? peguam makan tak ? ok, conclusion nye la kan, semua memerlukan makanan tak kira la kerja pangkat tinggi mana pun, alih-alih kita perlu makan . maknanya pertanian amat laaa PENTING!!!

Lepas seronok bersembang pasal kerjaya, kami beralih topic bersembang dari kerjaya ke pelajaran terutamanya for SPM yang bakal kami duduki untuk tahun 2012. Baru-baru nie pengetua senyum lebar dengan results SPM yang abang and kakak senior kami dapat. Semuanya Alhamdulillah. Kami turut happy and tumpang gembira. Best dok cerita, tiba-tiba cikgu cerita pasal pengalaman semasa ambil SPM dulu. tahun bila fara tak tahu laa. sebab cikgu tak bagitahu pun. Point yang paling fara ingat and fara simpan untuk menaikkan semangat :
Belajar laaa, buat betul-betul untuk SPM nanti sebab SPM penentu masa depan kamu ! Jangan menyesal pulak nanti kalau tak belajar betul-betul.
Cikgu ada kongsikan tips untuk ingat dan memahami dengan mudah. cikgu kata guna mind-map lebih mudah berbanding buat nota secara point.

: kesempatan nie, fara nak naikkan semangat untuk SPM supaya lebih cemerlang. insyaAllah. jom laa kita belajar untuk meneruskan ilmu yang sememangnya banyak di dunia ini selagi kita masih berkesempatan . Ilmu perlu dicari, bukan datang begitu sahaja.


"Tuntutlah ilmu walau ke negeri cina, kerana mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim”

No comments: