Thursday 28 June 2012

sweet moment #part 1

Assalamualaikum.
Hari ini membuatkan fara asyik nak gelak je.* haish, habis hitam hati aku la. ye la, mana boleh gelak banyak-banyak nanti hati gelap. Gelap? boleh cuci hati guna clorox. ahh, tak payah nak loyer buruk pulak.HAHA. semuanya berlaku disekolah tadi, gila-gila je fara, syida and yana. ceritanya bermula macam ini, *dah macam guna ayat karangan la pulak. hehe. okeyh. Hari ini cikgu busy sebab nak uruskan hari sukan sekolah kali ke-2. maklum lah, sekolah baru kan ? tapi tahun ini lebih formal majlisnye berbanding tahun lepas. Cikgu ramai dekat padang time tuh, tapi fara dengan kawan-kawan yang lain dekat dalam kelas, kami study sikit-sikit. Ye la, lagi berapa bulan je lagi nak SPM. huhhh!
Time syok-syok study *syok la sangat. hehe. Tiba-tiba pembantu makmal datang kelas kami, mak cik tuh cakap ikan yang kami nak buat experiment tuh mati. Nampak gayanya kena pergi cuci la bekas ikan tuh sebab dah busuk -,- fara, syida and yana pergi la meng-offer kan diri untuk membersihkan bekas ikan tuh. Dah la lab biology tinggkat 3. fuhh, tinggi nye, gayat kowt. *tipu je lebih. haha. Tak gayat mana pun.
Waktu nak bersihkan bekas ikan tuh, rupa-rupanya ada seekor lagi ikan yang hidup. fuhh, selamat sangat sebab nanti kena beli ikan yang lain untuk buat experiment tuh. Kami guna ikan keli je, sebab senak nak dapat and 3 ekor katak yang di sponsor kan oleh Fahmi. dahsyat kowt, katak tuh dia tangkap sendiri dengan mak dia. * Fahmi, hebat la mak ang tolong tangkap katak tengah malam . ayat tu la yang fara cakap time dia cerita dekat fara. Ikan keli yang mati tuh dah mula busuk sampai masuk kedalam hidung. Disebabkan kami takut and geli nak pegang ikan yang mati tuh, lagi pun ikan seekor lagi tidak mati, risau kalaw dia sengat. aduishh, mati denn! untuk keluarkan ikan , kami terpaksa guna penyepit. haha. lawak je muka kami time bersihkan bekas tuh, sebab ikan yang hidup tuh bergerak-gerak, serammm dehhh!!
Akhirnya dapat jugak ikan yang mati tuh keluar dengan bantuan super woman. yaaa itu dia syida ! dengan mengeluarkan kuasa penyepit ikan nya. hahahaha. Fara dengan muka selamba cuci bekas ikan tuh, dalam hati cuak jugak. hehe. Siap cuci, tengok katak pulak. alhamdulillah still hidup, panjang umur kau wahai En.katak ! *walaupun tak tahu jantinanya.
muka kesian je tengok ikan and katak-katak tuh. kami bertiga pun decided untuk bagi depa makan. terpaksa la kami cari sebab makanan ikan dah habis, cadang nak beli roti untuk ikan tuh, tapi di fikir-fikirkan balik tak jadi la, sebab nanti cikgu kata kami ponteng pulak. Dah la pengawas sekolah, ponteng pulak. haishh, fara tak pernah buat kerja jahat macam tuh weyhh. semasa kami jalan dekat taman herba sekolah, fara terjumpa roti, maybe orang punya terjatuh kowt. apa lagi, rezeki jangan di tolak. kami ambil la roti tuh. lepas tuh cari makan untuk katak pulak. kejap-kejap . katak makan apa eh ?? kami bagi makan telur kerengga sebab tak jumpa serangga lain -,- .
ok, selesai dah. bila nak naik je bawa semua makanan tadi, teacher lydia panggil. rupanya dia minta tolong angkatkan pasu bawa masuk toilet. Toilet sekolah kami cantik ! macam dekat R&R dah. penat angkat pasu bunga tuh. macam-macam kerja dah kami buat hati ni. waktu teacher minta tolong tuh, kami letakkan makanan katak and ikan dekat tepi garaj kereta cikgu. bila kami datang je nak ambil makanan tuh, tengok-tengok burung makan roti tuh !!! huahua. penat kowt cari ! sabar je la. boleh pulak roti tuh jatuh dalam longkang ! OMG!
#penat la hari ini. tapi kami asyik gelak je, lawak kowt, sampai cikgu lain panggil kami mak cik cleaner baru . hahaha.
sorry gambar experiment bedah katak /ikan tak ada nak di upload-kan. tunggu part 2 ok .

No comments: