Tuesday 22 October 2013

Sahabat selamanya.

Assalamualaikum.
Hai korang, sorry la memang lama dah tuan empunya beblog ni tak post entry kan? Bukan apa fara ni kan busy mengalahkan perdana menteri kau ! *muka mintak penampar.

Korang mesti ada sahabat kan? okay, fara memang ada sahabat. yeahh ! buat masa sekarang nih memang pakat susah nak berkumpul laa, semuanya pakat busy dengan study masing-masing. Kami hanya boleh jumpa pon bila cuti panjang je. mana tak nye, masa cuti la dapat berkumpul. dah la dorang ni study jauh-jauh. Yang ada kat Tanjung Malim ni pon fara dengan Erin je, yang tiga orang lagi merantau ke tempat orang. fuhh, memang sedih la mula-mula dulu. tiap-tiap hari wechat or whatsapp je. hehe.

Sahabat fara ada 4 orang. 2 lelaki dan 2 perempuan. kiranya dalam geng ni ada 5 orang ahli. pewittt . ( Afiq, Fahmi, Hazirah, Erin, Fara(me) .jelas ?

 sekarang nih yang paling berjaya dalam geng kami ni, semestinya Muhammad Afiq Bin Mohd. Puzi. Sekarang ni Afiq tengah buar Asasi sains hayat dekat Universiti Malaya. untung laa, Afiq masih boleh sambung medic. Bakat doktor kau ! jealous tahu tak.

Muhamad Zulfahmi Bin Bokhari. haa, sorang nih memang lawak laa, fara asyik gelak je dengan perangai dia ni.Semua cerita dia nak bagi tahu, tapi kalau bab cinta, memang payah laa kau nak tahu. secret konon. last last bagitahu jugak. fahmi sekarang belajar di KPTM , Ipoh. Cadang fara nak sambung study dengan Fahmi, tapi tak jadi sebab parents tak bagi :(

Nur Hazirah Binti Hazizi. haaa, ni seketol lagi. Dalam semua ahli. Dia ni paling garang. Ayokkk ! Zyera selalu tolong fara dalam kelas, kami dok sebelah je, afiq dan fahmi depan kami, cuma erin je terjauh sikit. alaa ( alaa, beza 1 meja je ) . sekarang budak nih study dekat Politeknik Balik Pulau.

Erin Ellyanna Binti Abdul Mutalib. Erin ni sama je tempat belajar dengan fara. kami sambung tingkatan 6. kami ni pre-u student di pusat pengajian SMK Khir Johari, Tanjung Malim. kami dah tetapkan pendirian untuk berada di sini. sebelumya erin dapat tawaran Diploma bahasa inggeris,UPSI. tapi dia tolak. sama la dengan fara pon tolak Diploma ukur tanah, Politeknik Sultanah Bahiyah, Kedah.

 gambar sebelum kami berpisah :( Afiq tak ada dalam gambar nih, dia yang ambil gambar.

Erin,fahmi,Zyera,Fara (me), Afiq

 kami kalau dapat camera memang gila gila sikit . masa nih dorang jealous dengan aku kot . bhaha

 apa motif dorang bergambar cenggini ?

iklan colgate eh ? whooooo


Harap sangat persahabatan ini kekal sampai bila-bila. aminn :)
gambar di ambil di Tasik embayu , Proton city, Tanjung Malim.

credit,
Afiq,Fahmi,Zyera,Erin,Fara