Sunday 3 November 2013

Hari graduasi 2012/13 SMK Khir Johari,Tanjung Malim.

Assalamualaikum.

Hari ni fara nak penuhkan entry blog ni dengan cerita bulan oktober. Okay, fara tahu memang agak berkurun *agak? tak nak ngaku cerita lama tuh., Biar la lama pon, asalkan fara post jugak. sebenarnya tak de la rajin tahap babun pon nak post, cuma nak buat satu penghargaan untuk akak - akak and abang - abang Pra-u 3. hehe. Nak bagi hadiah setiap sorang, pokai la jepp. nanti bukak purse keluar rama-rama je kau ! tu pon kalau rama-rama nak hidup dalam tu la, hehe :P

 Apa-apa pon fara nak cakap tahniah kepada semua pra-u 3 SMK KHIR JOHARI, Tanjung Malim kerana hampir manamatkan pengajian selama 1 tahun setengah. Lepas ni tak dapat la kita jumpa lagi. pejam celik pejam celik, waauuuu ! Aku nak jadi senior dah tahun depan. haha. bajet joo haihh !


Kad jemputan apa tuh ? kad kahwin ? eeehhh,  jangan nak gatal sangat. hehe. Tu la kad jemputan untuk Majlis graduasi & Penasihat Akademik 2013. Majlis graduasi tu khas untuk pra-u 3, yang program penasihat akademik tu untuk group fara la, pra-u 1. okay, newbie lagi I taw. -.-  tak pe, tahun depan senior dah. Bangga pulak. 

Seperti mana pada kad jemputan tersebut menyatakan tarikh berlangsungnya majlis tersebut pada 20 oktober 2013. *nampak tak ayat karangan kaww kaww punya.
Alhamdulillah seperti yang dirancangkan, kedua majlis yang dirancang dapat diadakan di Dewan Auditorium Utama kampus Sultan Abdul Jalil Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ). 

Sebelum majlis ni berlangsung, macam biasa lah mesti ada raptai punya kan ? Raptai diadakan pada hari Jumaat, 18 oktober . masa hari raptai tuh, fara datang lambat. Mula-mula cuak jugak sebab tak jumpa dewan tu. banyak sangat dewan sampai pening mana satu yang betul. haha. Nasib cikgu tak bising datang lewat. 

macam-macam kena buat masa raptai, hehe.

tapi fara dok relax je, hehe. saya budak kecikk tak boleh buat apa apa. *alasan je tuh

cari , fara dekat mana ?  ni semua geng geng bas sekolah, ehhh, silap geng geng pra-u 1 :)

 akak akak ni tengah beratur mengikut giliran masing masing. hehehehex

muka pakat semua happy je . nak gradd la kata kan. untung laaa :3  Tak pe, giliran fara tahun depan , inshaAllah :)

HARI KEJADIAN ,  AHAD, 20 OKTOBER 2013

Hari kejadian sangat la penat. serius fara cakap, hari tu asyik jadi bidan terjun je. yang paling fara ingat masa jadi dayang dayang untuk VVIP. ya Allah, tebal muka bila fara, nana, dengan cha cha terpaksa memikut malu. Nak buat macam ne, redha je la. okay, disebabkan malu, fara tak mooo cite, huhuhu

Pentas * ni gambar masa raptai, yang betul betul fara tak dapat gambar nya. sorry .

Ramaikan ? yang tu baru ibu bapa dan penjaga. kami pelajar di bahagian kanan dan kiri :)

 
Sebahagian Pensyarah SMK Khir Johari, Tanjung Malim.

 Tahniah di ucapkan. tahun depan jubah tu milik kami pulak. hehe



 ohhh, akak omey omeyy !

Alhamdulillah, semuanya dah selesai dengan baiknya. apa apa pon, tahiniah di ucapkan kepada semua pra-u 3. semoga lepas nih dapat melanjutkan ke degree pulak. aminn :) saya doakan.

Terima kasih daun keladi .

credit, 
 Pn.Aisha Harun, Fathin Umaira